Kedah Wedding Photographer

Nama aku Paan Syamir, based dari Sik dan Sungai Petani, Kedah.

Aku banyak shoot event wedding dalam Kedah dan kawasan utara macam Penang dan Perlis, kadang-kadang Perak. Boleh click butang lihat pakej dibawah untuk tengok harga pakej foto majlis kahwin atau boleh check dulu sama ada tarikh anda masih available atau sebaliknya.

Booking deposit RM100 · Percuma caj perjalanan dalam Kedah

Contoh gambar:

Klik mana-mana gambar untuk lihat fullscreen. Kalau nak tengok lebih banyak hasil, boleh sambung ke Pixieset atau Instagram.

Semak availability tarikh majlis. WhatsApp untuk semak

Pilih ikut jenis majlis anda.

Semua pakej termasuk foto edited beresolusi tinggi. Coverage dan tambahan berbeza mengikut jenis majlis.

Engagement

Tunang

Contoh coverage pakej Tunang Ametography
RM500
1 Photographer · Cover sehingga 3 jam
  • Softcopy diberi melalui Google Drive
  • Tambah RM100 untuk sesi outdoor (1 jam)
  • Deposit booking RM100
Pilih pakej ini
Solemnization

Akad Nikah

Contoh coverage pakej Akad Nikah Ametography
RM700
1 Photographer · Cover sehingga 4 jam
  • Softcopy diberi melalui Google Drive
  • Termasuk sesi outdoor
  • Percuma poster frame 12 x 18 inch
  • Percuma caj perjalanan bagi majlis dalam Kedah
  • Booking deposit RM100
Pilih pakej ini
Reception

Sanding / Tandang

Contoh coverage wedding custom Ametography
RM900
1 Photographer · Cover sehingga 6 jam
  • Softcopy diberi melalui Google Drive
  • Termasuk sesi outdoor
  • Percuma poster frame 12 x 18 inch
  • Percuma caj perjalanan bagi majlis dalam Kedah
  • Booking deposit RM100
Pilih pakej ini

Rakaman majlis seperti macam mana ia betul-betul berlaku.

Aku lebih suka bagi ruang pada majlis untuk berjalan secara natural. Bila perlu aku akan guide atau prompt, terutama untuk potret dan gambar keluarga — tapi selebihnya aku cuba perhatikan apa yang sedang berlaku dan rakam momen itu tanpa terlalu banyak mengganggu.

01

Candid + sedikit guidance

Seboleh mungkin aku shoot secara unprompted. Bila keadaan perlukan sedikit arahan, aku akan guide supaya gambar masih nampak natural dan bukan terlalu dibuat-buat.

02

Seimbang antara pose & momen

Akan ada gambar pengantin dan keluarga yang lebih tersusun, tapi dalam masa yang sama aku tetap cari momen sepanjang kenduri — sembang, gelak, salam, reaksi dan interaksi dengan tetamu.

03

Editing ikut keadaan majlis

Warna dan mood aku sesuaikan dengan venue, keadaan cahaya, suasana serta warna pakaian. Kita boleh bincang preference, cuma hasil akhirnya biasanya masih kekal dalam karakter editing yang anda boleh lihat dalam portfolio saya.

04

Beritahu siapa yang penting

Kalau ada ahli keluarga, kawan atau tetamu tertentu yang hangpa nak aku beri lebih perhatian, bagitahu saja. Request gambar semasa kenduri pun memang dialu-alukan.

05

Outdoor ikut pilihan hangpa

Lokasi outdoor boleh dipilih sendiri selagi jarak dan masa perjalanan masih munasabah untuk jadual majlis. Kalau tak pasti nak pergi mana, aku boleh cadangkan beberapa lokasi yang sesuai.

Soalan biasa sebelum booking.

Berapa deposit untuk booking? +

Deposit minimum untuk booking ialah RM100. Kalau nak bayar lebih pun boleh. Jumlah deposit akan ditolak daripada harga keseluruhan pakej.

Boleh bayar secara ansuran? +

Boleh. Bayaran boleh dibuat sedikit demi sedikit, asalkan baki penuh dijelaskan pada atau sebelum hari majlis.

Macam mana nak tahu tarikh masih available? +

Saya hanya ambil satu majlis untuk satu tarikh. Jadi kalau belum ada tempahan lain pada tarikh tersebut, saya masih available. WhatsApp saya dengan tarikh majlis untuk semak availability.

Coverage bermula dan tamat pukul berapa? +

Masa coverage akan bermula berdasarkan waktu yang kita persetujui. Contohnya, kalau coverage bermula pukul 9 pagi, tempoh pakej akan dikira dari pukul 9 pagi dan tamat mengikut jumlah jam coverage dalam pakej yang dipilih.

Kalau majlis lewat daripada jadual macam mana? +

Seboleh mungkin, maklumkan kepada saya secepat mungkin kalau ada perubahan atau kelewatan. Dari situ kita boleh bincang semula perjalanan majlis dan susun coverage dengan lebih baik.

Percuma caj perjalanan sampai mana? +

Saya based di Kedah, jadi tiada caj perjalanan untuk majlis dalam negeri Kedah. Bagi majlis di luar Kedah, caj perjalanan akan dikira berdasarkan anggaran kos minyak, tol dan penginapan jika berkenaan.

Boleh request gambar dengan family atau kawan tertentu? +

Tentu sekali boleh. Anda boleh beritahu saya pada hari majlis siapa yang anda mahu saya beri lebih perhatian, sama ada ahli keluarga, kawan atau tetamu tertentu.

Boleh request lokasi outdoor sendiri? +

Boleh. Cuma sebaiknya pertimbangkan jarak dan masa perjalanan ke lokasi outdoor supaya terlalu banyak masa coverage tidak habis dalam perjalanan. Kalau perlukan cadangan lokasi, kita boleh bincang terlebih dahulu.

Boleh bincang style gambar atau editing? +

Boleh. Untuk editing, saya biasanya akan kekalkan gaya yang hampir dengan hasil dalam portfolio saya dan tidak terlalu jauh daripada cara saya biasa edit. Untuk gaya gambar pula, anda dialu-alukan untuk kongsi moodboard atau reference supaya kita boleh bincang dan cuba ikut arah tersebut sebaik mungkin.

Berapa lama gambar siap? +

Dalam masa sekitar dua hari selepas majlis, saya akan kongsi beberapa gambar yang sudah diedit sebagai preview untuk anda gunakan di media sosial dan sebagainya. Keseluruhan gambar majlis akan dihantar dalam masa sehingga satu bulan melalui file sharing.

Boleh jumpa dulu sebelum booking? +

Boleh, malah saya lebih suka kalau kita sempat berjumpa sebelum anda confirm booking. Kita boleh sembang tentang perjalanan majlis, keperluan anda dan jenis gambar yang anda harapkan supaya semuanya lebih jelas dari awal.

Cerita sikit detail majlis hangpa.

Isi maklumat ringkas di bawah. Bila tekan hantar, WhatsApp akan dibuka dengan semua maklumat ini siap dimasukkan dalam mesej.

Wajib diisi supaya saya boleh hubungi semula jika diperlukan. Saya akan reply dengan details yang bersesuaian

Perkhidmatan fotografi lain:

Selain fotografi perkahwinan, saya juga menerima tempahan fotografi studio dan liputan acara untuk individu, profesional dan organisasi.

01

Foto Konvokesyen Studio

Sesi fotografi konvokesyen di studio untuk graduan solo, pasangan dan keluarga.

Lihat Foto Konvokesyen
02

Professional Corporate Portrait

Potret profesional untuk profil korporat, ejen, REN, usahawan, kakitangan dan kegunaan organisasi.

Pertanyaan photo corporate
03

Event Photography

Liputan fotografi untuk acara korporat, majlis rasmi, seminar, pelancaran, makan malam dan acara lain.

Pertanyaan gambar event
04

Foto Majlis Akikah / Kesyukuran

Liputan santai untuk majlis akikah, kesyukuran dan majlis keluarga, daripada suasana majlis hingga gambar bersama tetamu dan keluarga.

Pertanyaan foto akikah / kesyukuran

Nak jumpa dulu pun boleh.

Kalau hangpa rasa lebih senang sembang depan-depan sebelum booking, saya memang alu-alukan. Kalau lokasi sesuai, kita boleh jumpa minum dan borak dulu pasal perjalanan majlis, flow hari tu, jenis gambar yang hangpa suka dan siapa yang hangpa nak saya beri lebih perhatian.

Tak perlu terus confirm booking. Kita kenal-kenal dulu.

Lihat pakej WhatsApp · Semak Tarikh